Want your
own Fotopage?






 
Haliza's FotoPage

By: Haliza Zurah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Saturday, 24-Jun-2006 14:26 Email | Share | | Bookmark
Durian Balik Pulau

Durian:Alat kupas
Durian:Jejaka bergas
Durian:Hidangan utama hari ini
View all 19 photos...
Kata orang Pulau Pinang, kalau nak cari durian sedap pergilah ke Balik Pulau. Jadi kami pun pergilah ke Balik Pulau. Jalan berbukit didaki, hujan lebat diredah maka sampailah ke destinasi. Tak menyesal! Tengoklah wajah-wajah orang makan durian Semua terlopong bila tengok alat khas untuk mengupas durian. Maju jugak Balik Pulau ni. Dalam perjalanan pulang (melalui Teluk Bahang), sempat juga merakam pemandangan menarik. Waktu Maghrib hampir tamat, jadi kami singgahlah di Masjid Terapung Tanjung Bungah. Cantik juga, tergamam sejenak. Pengembaraan kecil kami ke Balik Pulau memang menyeronokkan. Terima kasih kepada yang menjemput kami, Cik Hani Syafina (yang tough selalu).

Nota: Gambar kurang jelas (kabur dan gelap)

...Amboiii...lazatnya menikmati durian secara berjemaah!!...(nak makan jugaakkkk...)..D24 sana sedap tak??.... Tue 1-Aug-2006 09:58
Posted by:Eleena Lamat  - [Link]

http://www.cheapuggboots2u.com cheap ugg boots sale
http://www.cheapuggboots2u.com cheap ugg boots on sale
http://www.ghdhairstraightenersuk2u.com CHI Flat Irons
http://www.ghdhairstraightenersuk2u.com GHD Hair Straighteners uk
Fri 26-Nov-2010 03:58
Posted by:cheap ugg boots  - [Link]
http://www.saleslouboutinshoes.com/
http://www.saleslouboutinshoes.com/christian-louboutin-sneakes-christian-louboutin-women-sneake-c-6_11.html
Mon 31-Oct-2011 07:43
Posted by:Christian Louboutin Men Sneakes  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Monday, 19-Jun-2006 14:41 Email | Share | | Bookmark
Cerita Sundal

Louise
Namaku Louise,
Jika diukur secara kebendaan aku memang dikira mewah,
Berpangkat tinggi di firma gah,
Aku memang hebat.

Hidupku masyghul berhurung sunyi,
Sukar menempatkan diri di kelas sosial,
Dicela wanita diintip lelaki,
Bertemankan hiburan sarsar,
Memang aku ketagih rokok dan arak,
Apa boleh buat?

Berfahaman matriarki,
Maka belum berlakilah aku,
Kala kesunyian aku berdakap dengan entah mana-mana jantan bergas,
Mereka yang minta,
Sundalkah aku?

u cite pasal sape?kenapa louise? Tue 20-Jun-2006 02:25
Posted by:Ezanee
apa khabar?
berkunjung ke mari.
Fri 23-Jun-2006 07:37
Posted by:Romantis Selatan  - [Link]
http://www.replicaguccihandbags.org/ replica
http://www.louis-vuitton-handbags-outlets.com/ lv
http://www.replicalouisvuittonbags.net/ louis
http://www.guccihandbagshop.net/ gucci
Thu 16-Dec-2010 07:13
Posted by:fanghangbo
Add comment


Saturday, 17-Jun-2006 13:28 Email | Share | | Bookmark
Manusia Istimewa

Bapa saya :)
Orang yang saya maksudkan sebagai manusia istimewa ialah bapa saya sendiri. Kenapa saya rasakan dia istimewa? Itu persoalan yang saya ingin huraikan panjang lebar di sini.

Biodata ringkas mengenai bapa saya. Beliau dilahirkan di Kelantan pada tahun 1952. Sejak kecil beliau banyak berpindah randah di atas tuntutan kerjaya arwah datuk saya sebagai renjer hutan. Menyingkap kisahnya semasa kecil, bapa saya nakal orangnya. Banyak angan-angan yang cuba direalisasikan antaranya ialah cubaan menjadi Hang Tuah, Tarzan dan Zorro (sehingga patah kaki). Di sekolah, beliau bijak dalam pelajaran dan sering bersyarah (entah untuk apa). Sifat itu dapat dilihat dalam adik bongsu saya yang suka memimpin dan berani tampil untuk meluahkan pendapat. Setelah tamat sekolah menengah, bapa saya menyambung pelajarannya di Universiti Malaya.

Saya memang dikenali umum sebagai daddy’s girl. Ketika kecil, jika diusik dengan ayat “Bila papa tua nanti…” saya pasti akan menangis tak sudah-sudah. Lalu saya akan berkata “Nak sambut birthday sampai umur 16 saje. Supaya umur papa takkan bertambah dan kekal 45 tahun untuk selamanya.” Bapa saya rajin membacakan cerita sebelum tidur antaranya ialah kisah-kisah nabi dan hikayat yang direka-reka.
Sejak kecil saya minat membaca disebabkan terikut-ikut sifatnya yang suka membaca. Walaupun kebanyakan buku kami berlainan genre, kami mempunyai beberapa minat yang sama maka selalu dibualkan dan bertukar pendapat antaranya ialah dunia misteri (kewujudan black hole, kuasa telekinetik), sejarah dan bidang astronomi. Saya masih ingat lagi kala kami taksub akan kewujudan kuasa telekinetik, saya cuba menggerakkan gelas selama setengah jam namun gagal mencapai tahap fokus (hehehe ). Ketika saya sibuk mempelajari Bahasa Jepun, bapa sayalah yang meneman dan menghafal bersama saya. Bapa saya sangat penyabar orangnya. Saya jarang dimarah tetapi saya pasti akan akur apa jua turutannya. Begitulah kami adik-beradik.

Tika saya hadapi dugaan bertimpa-timpa, bapa saya pasti akan mejadi tulang belakang dalam menyelesaikan masalah. Paling menyentuh hati saya ialah walaupun saya gagal berkali-kali, bapa saya tetap menaruh kepercayaan kepada saya. Itulah yang menguatkan semangat saya untuk meneruskan perjuangan.

Terlanjur menyentuh isu bapa, saya ingin berceloteh sedikit mengenai golongan yang lebih lama menjadi bapa iaitu datuk-datuk saya. Datuk belah bapa saya meninggal dunia pada tahun 1991 maka memori saya dengannya sangat terhad. Seingat saya secara samar, beliau seorang yang pendiam. Orangnya segak dan tampil tampan hingga ke akhir hayatnya. Datuk saya belah ibu saya pula masih sihat dan tinggal di kampung bersama nenek saya. Beliau merupakan bekas guru besar dan lebih mesra dipanggil Cikgu Mat. Datuk saya ini juga seorang yang pendiam. Suatu ketika dulu, saya bersekolah di kampung (beberapa bulan) dan datuk sayalah yang menghantar dan menjemput saya dengan basikal tuanya. Saya masih ingat ketika saya ketakutan akibat menonton filem seram, untuk tidur saya minta beliau teman hingga saya terlena. Kisah ini berlaku pada tahun 1988 dan waktu itu, saya dapat rasakan kasih sayangnya kerana beliau setia menanti di sisi katil hingga saya terlena. Beliau suka berkebun dan membaca. Dengan kemampuan fizikal yang agak terbatas akibat usia, beliau tetap cuba untuk memanjakan cucu-cucunya.

Sempena hari bapa sedunia ini, saya sampaikan ucapan ini secara tidak terang terangan (seganlah). Saya doakan bapa saya agar dipanjangkan umur supaya dapat hidup lama di samping saya, ibu saya dan adik-adik. Semoga datuk saya (belah bapa) diletakkan dalam golongan orang beriman dan datuk saya (belah ibu) dipanjangkan umur. itulah doa saya setiap hari.

I love my papa

Thank you happy fathers' day to u jugak (kepada golongan lelaki yang sudah atau belum ber-anak) Mon 19-Jun-2006 09:55
Posted by:Haliza  - [Link]
happy fathers day buat sumer bapak-bapak! Mon 19-Jun-2006 15:08
Posted by:diana
syg atuk! syg cikgu mat! Mon 24-Jul-2006 11:38
Posted by:ebby
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 14-Jun-2006 13:55 Email | Share | | Bookmark
Nasihat untuk Fatin

Gambar hiasan semata-mata
Gambar hiasan semata-mata
Gambar hiasan semata-mata
Fatin
Ke hadapan Kak Tina yang sangat dihormati,
Alhamdulillah selesai sudah majlis perkahwinan di kampung baru-baru ini,
Fatin gembira menerima kehadiran Kak Tina sebagai ahli keluarga,
Moga kehadiran Kak Tina bakal mengutuhkan kekeluargaan yang telah terbina.

Kak Tina
Wahai Fatin yang disayangi,
Terima kasih kerana menerima Kak Tina seadanya,
Senang hati ini disambut mesra,
Memang kalian ramah dan budiman,
Majlis lancar menjadi nyata,
Bantuan Fatin amat dihargai.

Fatin
Fatin sendiri musykil akan satu persoalan,
Mungkin bisa mengundang murka,
Dialah abang, dialah kakak,
Permata hati, teman setia,
Tidak salah jika Fatin bertanya,
Bagaimana Kak Tina ketemu abang?
Hingga terbawa ke jinjang pelamin.

Kak Tina
Apalah yang hendak digusarkan,
Hidup di dunia harus bermasyarakat, dik
Tidak boleh terikut kata hati, payah hendak memujuk diri
Kami berteman sejak di kolej,
Aliran sama lalu bertemu,
Sifat ramahnya memikat hati,
Bertanggung jawab, berbudi bahasa,
Berkapuk utuh pada tradisi,
Hati terpaut lalu masjid dibina.

Fatin
Kak Tina bak idola buat diri Fatin,
Berwajah rupawan lagi lemah lembut,
Langkah teratur kemas, bijak pula menyusun kata,
Tampil sofistikated, berkarisma tinggi,
Wanita moden yang berdikari,
Mampukah Fatin berjaya seperti Kak Tina bila besar nanti?

Kak Tina
Fatin,
Janganlah terlalu memuji,
Malu pula dipuji begitu,
Kak Tina hanyalah wanita biasa yang banyak kelemahan,
Nasihat Kak Tina biasa sahaja,
Sebagai wanita harus pandai menjaga diri,
Perlu bijak memilih fesyen ikut kesesuaian,
Jangan lelah mengejar ilmu,
Bicara kata berasaskan ilmu,
Tidak totok tidaklah keanak-anakan,
Maka orang akan tunduk hormat.

Fatin
Kak Tina memang bijak orangnya,
Bila berkeluarga banyaklah onarnya,
Di sana bercerita, di sini berasung kata,
Janganlah Kak Tina terpengaruh pula,
Fatin mahu kita bahagia selalu.

Kak Tina
Janganlah risau akan hal begitu,
Tahulah Kak Tina menjaga diri,
Mereka bercakap, kita diam,
Usah kisahkan hal yang remeh,
Bila berbalah, bawalah berbincang,
Harus tenang hadapi kemungkinan.

Fatin
Mengapa pula banyak keluarga berbalah?
Haruskah harta menjadi rebutan?
Mestikah ada yang disisih tepi?
Fatin bencikan keadaan ini!

Kak Tina
Inilah hakikat dunia yang harus dihadapi,
Ada perkara samar penjelasannya,
Ramai orang, banyaklah ragamnya,
Apa keadaan sekalipun, Fatin harus ingat beberapa perkara,
Hormat orang tua, sayangilah mereka,
Harta bukan syarat bahagia,
Jangan kemut untuk beramal,
Bantulah mereka yang susah dan lumus,
Tentu senang hati Fatin nanti.

Fatin
Harapnya Fatin mampu bersabar menabur budi,
Nasihat Kak Tina berharga buat diri ini,
Semoga keluarga kita lebih gembleng,
Segala yang keji ditolak tepi,
Hadirnya Kak Tina menyerikan hidup kami,
Lain hari kita berbual lagi,
Kirimkan salam kepada abang.

Kak Tina
Insya-Allah.



hi haliza...bagus la yg nie...berunsur nasihat kepada anak2 muda....hehehhe
take care
Sun 18-Jun-2006 07:23
Posted by:Naz
Best betul baca blog ko nie, Haliza... Keep on blogging... Tue 1-Aug-2006 09:42
Posted by:Eleena Lamat  - [Link]
http://www.nicemassage.net/ shanghai
http://www.brake-chamber.com/ Trailer
http://www.replicalouisvuittonbags.net/ louis
http://www.guccihandbagshop.net/ gucci
Thu 16-Dec-2010 07:19
Posted by:fanghangbo
Add comment


Tuesday, 13-Jun-2006 06:38 Email | Share | | Bookmark
Pesta Tanglung Pulau Pinang

Kehadiran disambut cahaya
Lebah
Bunga raya
View all 7 photos...
Pesta Tanglung Pulau Pinang
Tarikh: 27 May-4 Jun 2006
Tempat: Botanical Garden, Pulau Pinang

Tanglung-tanglung tersebut bergerak diiringi musik klasik yang damai dan mendayu. Apa yang menarik ialah kehadiran orang asli menjual lipatan daun membentuk seekor belalang yang dijual dengan harga RM1 seunit. Pesta ini tidaklah sehebat mana, hanya sekadar menjadi satu acara tahunan di Pulau Pinang. Dalam kegelapan dapat melihat cahaya berwarna-warni pelbagai bentuk yang diatur cantik di sekitar kolam berhias bunga-bungaan. Cukuplah sekali untuk dilawati.

duh...apsal x ajak?! nk gi jugak tgk tanglung!!! Sun 18-Jun-2006 09:13
Posted by:Hani Hilmi
Large banks, hedge Chanel Handbags funds and private investors hungry for new Louis Vuitton Bags and lucrative opportunities are bankrolling other Cheap Louis Vuitton Handbags people's lawsuits, pumping hundreds of millions of Louis Vuitton Handbags dollars into medical malpractice claims, divorce battles and class actions Chanel 2.55 against corporations - all in the hope of sharing in the Louis Vuitton Bags Online potential winnings. The loans are propelling large and prominent Chanel Bags cases. Lenders including Counsel Financial, a Buffalo Cheap Louis Vuitton Bags company financed by Citigroup, provided $35 million for the Louis Vuitton Bag lawsuits brought by ground zero workers that Chanel Bags Online were settled tentatively in June for $712.5 million. The Cheap Chanel Bags lenders earned about $11 million. Most investments are in the Louis Vuitton Bags Sale smaller cases that fill court dockets. Ardec Funding, a New York lender Chanel Bags Sale backed by a hedge fund, lent $45,000 in June to a Manhattan lawyer hired by the Louis Vuitton Speedy parents of a baby brain-damaged at birth. The lawyer Louis Vuitton Monogram hired two doctors, a physical therapist and an Louis Vuitton Neverfull economist to testify at a July trial. The Designer Bags Sale jury ordered the delivering doctor and hospital to Luxury Designer Bags pay the baby $510,000. Ardec is collecting interest at LV Bags Sale an annual rate of 24 percent, or $900 a month, until the Luxury Bags Online award is paid. .http://www.lvchanelbags.com/ Fri 19-Nov-2010 08:54
Posted by:Luxury Designer Bags  - [Link]
http://www.replicaguccihandbags.org/ gucci
http://www.replicahandbagsale.org/ replica
http://www.greenpvp.com/en/index.asp polyvinylpyrrolidone
http://www.junlilai.com.cn/ Bathroom
Thu 16-Dec-2010 07:17
Posted by:fanghangbo
View all 4 comments Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

widgets01.bt.pidgintech.com