|
|
| Sunday, 11-Jun-2006 12:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Gua Musang, Kelantan
|
|
Gua Musang merupakan salah satu daripada daerah yang menjadi Jajahan Penuh kerajaan negeri Kelantan. Ia terletak di sempadan negeri antara Pahang dan Kelantan. Jika menyusur dari Kuala Lumpur, Gua Musang tentu menjadi laluan dan biasanya menjadi tempat persinggahan untuk megisi minyak, mengalas perut, dan berehat. Kedudukannya jauh daripada pusat negeri menjadikannya agak lambat membangun namun sejak kebelakangan ini pembangunan sudah dapat dilihat terutama sekali dengan pemulihan jalan raya.
Bentuk muka bumi daerah ini diliputi oleh bukit bukau kurang mengizinkan untuk sektor agrikultur dijadikan sebagai sumber ekonomi yang utama. Bentuk geografi ini juga menjadikan ia sebagai sebuah daerah penuh misteri dan sering dikaitkan dengan dunia mistik terutama sekali pontianak. Filem terakhir arahan B.N Rao (pengarah filem-filem Pontianak, Dendam Pontianak, Laila Majnun) diberi judul Pontianak Gua Musang dihasilkan pada tahun 1964.
Daerah Gua Musang mempunyai daya tarikan tersendiri dengan adanya Sungai Nenggiri yang menjadi pusat ekspedisi seperti berakit, meredah hutan dan gua (Gua Jaya, Gua Cha, Gua Chawan). Taman Negara yang dikatakan antara yang tertua di dunia bisa menyambut pelancong dengan hutan dara yang penuh warna-warna flora yang indah dan permai. Sebuah tokong Buddha berusia 400 tahun juga menjadi tarikan pelancong di sini.
Penulis sendiri diperkenalkan kepada sejenis nasi bubur dipanggil ‘Nasi Air” yang merupakan makanan ala siam di sini. Kedai kecil menjual nasi air di atas anak sungai tiada lagi akibat arus pembangunan yang pesat. Kini, apabila melalui Gua Musang, pasti menjamah hidangan sup perut yang cara masakannya jelas berunsur Siam maka senyuman tak putus-putus setelah puas menjamu selera di daerah ini.
Sungguhpun ia bukan destinasi pelancongan utama untuk bersantai atau berbulan madu, keunikan bentuk muka bumi menjadikannya sangat menarik. Selain itu, ia seolah-olah menjadi garis pemisah antara cara hidup serta budaya kaum Melayu lain dan Melayu negeri Kelantan.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 5-Jun-2006 00:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ragam Keluarga Cikgu Mat
|
 |
|
Gemirang:Tiga jejaka
|
|
 |
|
Gemirang:Gadis di tangga
|
|
 |
|
Gemirang:Berehat sambil membaca akhbar
|
| | View all 14 photos... |
|
Kata dasar: gemirang
Definisi: gembira, suka ria
Kata terbitan: girang gemirang, riang gemirang
Penggunaan kata dasar dalam media: Resik Endah Omber Girang Gemirang merupakan motto daerah Ponorogo di Jawa Timur, Indonesia memberi maksud Bersih Indah membawa Gembira
Puisi: Sedang awan berarak hanyut,
Sedang awang riang gemirang;
Dilihat tamu datang menjenguk,
Ke dalam gubuk yang serba kurang;
Membuat kami bersukacita.
(Sebuah puisi di kalangan suku bangsa Melayu Pesisir Sumatera Timur (MPST) yang tinggal di Propinsi Sumatera Utara bahagian Timur yang diubah suai untuk bacaan)
Ayat: Majlis penuh gemirang baru-baru ini membuatkan keluarga Cikgu Mat semakin gembleng.
Perhatian: Penulis tidak dapat menemui maksud untuk perkataan ‘omber’ yang merupakan bahasa Indonesia. Jika sesiapa tahu, sila beritahu. Terima kasih.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 2-Jun-2006 05:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
My Uncle's Wedding (Kampung Kota, Kelantan)
|
 |
|
No exception even to the groom
|
|
 |
|
Folding the serviette
|
|
 |
|
Another team folding the serviette
|
| | View all 31 photos... |
|
A wedding ceremony for the groom’s side was held in Kampung Kota, Kelantan on 28th May 2006. This time, the theme was purple. It was a memorable event for our family as it was the last wedding among my mother’s siblings. In a personal point, I feel honored to be part of the wedding in terms of preparation, building rapport with the bride’s family, getting to know some cousins that I lost in touch and the best is to be accepted as part of the adult community in the family.
As a child, I used to feel awkward to communicate with my uncles and aunties. I can’t explain the underlying reason for this but what matters is now I have become mature in communicating with them and conceal some unnecessary points of view (even I disagree).
I witnessed a touching moment when the bride’s family was leaving. Her mother hugged her and shed few tears. She whispered some words that I could not capture before leaving. I had to keep myself strong from crying because I understand that she is leaving her daughter in a foreign place with some complete strangers speaking absolute foreign language. However, we all love having her around and we treated her as part of the family. Her grandmother who is her main companion and always giving her useful advices about life spoke to my grandmother asking her to accept my new aunty and take care of her as her own child.
I took the opportunity to get to know my new aunty. I call her Cik Sidah. She’s a friendly person with a good heart. We could go on talking if no one interrupted. She has a very bubbly personality and she’s fun to talk to
I want to thank everybody who contributed to the wedding ceremony and making it a successful event for the family. The laughter, happy smiles, playful children, loving newlywed and new adventures during this wedding will always be the one that stay close to my heart.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 8-May-2006 14:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
My Uncle's Wedding
|
|
I used to attend weddings to check out on how well the couple will dress, what kind of make up techniques will be applied, will the preparation worth the money and all kinds of material issues put together. I now grew up and realized that wedding is about bringing together a harmonious living among the newlyweds and relating people.
My uncle's wedding was held on 28th April 2005 in Sungai Besar (somewhere close to Sabak Bernam). It was a lovely experience of travelling along the road that seem foreign to me with a different culture. Along the way, I managed to peek into the 'pasar tani' which is amazing with cheap and lovely food. For the first time I had mentarang (a type of siput from the sea). I cant explain how mouth watering the kerepek form this region can be (esp kerepek bayam). Its out of the world!!!! The best fresh mango juice I had in my life costed me RM2 and its in Sungai Besar.
Watching how the community work together to establish this wonderful wedding is a lovely experience too. The makciks cooked the food in a big 'kawah' to prepare the food to be served to the guests. The kids around the kampung were hired with few bucks to help out little tasks around the wedding. The best part is to see my big family get together, being silly joking among ourselves and catching up our latest gossips. Blue was the theme from the groom's side.
My uncle is the youngest brother of my mother. He's young and we used to be in the same school (for a short while). Some memories I remember about him is he bullied me when I was small but he took good care of me in school. When I was 12, he bought me Feminin (untukmu) kaset as a gift. He's now a mature young man and recently got married to a beautiful lady. May they be happy.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 26-Feb-2006 14:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selamat Pengantin Baru
|
|
Semalam, saya menghadiri satu majlis perkahwinan yang besar-besaran diadakan di Balik Pulau, Pulau Pinang. Temanya hijau dan putih. Ramai VVIP yang hadir antaranya Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, ibu bapa pengantin sendiri YB. Datuk Dr. Hilmi Haji Yahya dan Datin Seri Jamilah Mohd Zain dan ahli-ahli parti UMNO yang lain.
Kenangan manis saya apabila dapat bertemu Aziz Sattar, artis veteran secara dekat. Beliau seorang yang sangat ramah dan langkahnya sangat laju apabila berjalan mengalahkan orang muda. Wahid Satay juga hadir di majlis itu dan beliau juga sangat ramah. Saya segan untuk bergambar bersama Hail Amir lalu saya ambil gambarnya secara curi-curi
Saya sangat menghargai artis-artis veteran kerana mereka membawa diri sebagai bangsa mereka sendiri. Apa-apa pun, saya berbesar hati melihat Hussein Abu Hassan mendapat anugerah seniman di Anugerah Bintang Popular.
Selamat Pengantin Baru buat Ahmad Humaizi Hilmi dan Asna Rasyidah Abdul Hamid
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 23-Feb-2006 23:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Puteri Gunung Ledang
|
|
Minggu lepas, saya berpeluang menonton pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical. Ia memang satu pementasan yang gah dari segi props, pakaian, kordinasi di atas pentas malahan jelas sekali semua pelakon bersungguh-sungguh memainkan watak masing-masing.
Ada beberapa aspek yang saya kurang senang. Pertama, semasa kemunculan Gusti Puteri apabila sultan hendak membunuh putera, gunung (lapisan simen berwarna coklat seakan gunung) masih berada di atas pentas. Nampak 'menyemak' dan penonton tak dapat menghayati keindahan ukiran pintu Istana Melaka. Saya sendiri keliru kenapa gunung itu masih di situ sedangkan dalam babak di istana pada awalnya tiada gunung. Kedua, kesan percintaan Hang Tuah dengan PGL pada kali ini tidak berkesan. Babak mereka berdua agak membosankan. Orang sebelah saya tertidur.
Walaupun Stephen Rahman Hughes tiada ciri-ciri pahlawan Melayu, apatah lagi Hang Tuah namun dia telah mencuba sebaik mungkin untuk menyembunyikan loghat 'mat salleh'nya (masih ada tetapi sikit). Lakonannya kaku tapi suaranya lantang.
Babak-babak kegemaran saya ialah paparan masyarakat Majapahit pada permulaan dan subuh hari di Melaka. Secara keseluruhan, saya berharap teater ini akan menjadi perintis dan penyuntik semangat kepada yang lain tuntuk menghasilkan karya yang boleh menaikkan taraf pementasan teater di Malaysia ke taraf yang lebih membanggakan.
p/s: ada lagi gambar belum dapat upload. tunggu ye
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 11-Feb-2006 00:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hari Thaipusam
|
|
Pada tahun 2006, Hari Thaipusam jatuh pada hari Sabtu, 11 Febuari. Ia dilangsungkan dengan meriah di Batu Caves dan Pulau Pinang. Saya berkesempatan untuk hadir dan melihat serba sedikit pada hari sebelumnya, hari Jumaat di mana beberapa acara kecil dijalankan. ‘Thai’ adalah nama bulan dalam kalender Hindu yang jatuh di antara 15 Januari ke 15 Febuari manakala ‘Pusam’ adalah nama bintang yang paling terang pada ketika ini. Tujuan festival ini adalah untuk meraikan hari jadi Dewa Subramaniam (atau dikenali Dewa Muruga) yang merupakan anak kepadaDewa Shiva.
Sebagai persediaan awal, penganut agama Hindu akan berpuasa dengan hanya makan sayur-sayuran. Sami-sami akan berpuasa di dalam hutan sambil bertapa atau melakukan meditasi khusus. Saya berpeluang melihat tarian Kolattam, acara pecah kelapa dan upacara sembahyang.
Secara peribadi, saya kagum dengan tarian Kolattam yang sangat memerlukan gerak tari yang sistematik dan teratur. 'Kol' bermaksud batang manakala 'Attam' bermaksud tarian.Tarian ini menggunakan batang buluh yang diketuk sesama sendiri dan bunyi yang dihasilkan menjadi rentak dan muzik bagi tarian ini. Saya teringat pula filem Bride and Prejudice lakonan Aishwarya Rai yang memaparkan tarian ini dalam satu babak . Sejarah tarian ini bermula di Andhra Pradesh dan Tamil Nadu yang mula ditarikan oleh gadis-gadis muda. Nama lain bagi tarian ini ialah Kolannalu dan Kolkolannalu. Biasanya ditarikan oleh lapan ke 40 orang pada hari-hari festival.
Peluang ini mungkin peluang terakhir bagi saya menonton acara sebegini kerana tuntutan lain dan kesuntukan masa. Kepada penganut agama Hindu, Selamat Hari Thaipusam.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 7-Feb-2006 13:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pertunangan
|
 |
|
Berbincang dan Berunding
|
|
 |
|
Hantaran Bertunang
|
|
 |
|
Sirih Dijunjung, Manisan, Bunga Rampai, Buah-buahan
|
| | View all 8 photos... |
|
3 Disember 2005 yang lalu, saya telah ditunangkan kepada Mohd Rodzan Hisham setelah 4 tahun bersama. Hari tersebut cukup menggembirakan kerana ikatan antara kami lebih kukuh dan lebih menjanjikan. Seperti dikatakan orang, banyak cubaan dan dugaan akan ditempuh oleh bakal pengantin. Kami harap untuk terus kekal dan tabah dalam menempuhi setiap halangan
|
|
|
|
|
|
| Monday, 6-Feb-2006 20:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kerjaya Seorang Pegawai Perubatan
|
 |
|
Melakukan Pemeriksaan Terperinci
|
|
 |
|
Memeriksa Bayi
|
|
 |
|
Memberi Ceramah Mengenai Ubat-ubatan Kepada Pesakit Diabetes
|
| | View all 12 photos... |
|
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 2-Feb-2006 00:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Di Celah-celah Malaysia
|
 |
|
Jeti, Tempat Menanti Sampan untuk Menyeberangi Sungai Menangis
|
|
 |
|
Pembungkusan Kerang untuk Export
|
|
 |
|
Kerang di Sebuah Kampung Nelayan
|
| | View all 10 photos... |
|
Kampung Nelayan
Air berkocak dikuak sampan,
Percikan air singgah di ppi,
Sejuk terasa, nyaman pun ada,
Siapa tahu air kumbahan disalur ke situ,
Kerang dikutip, dicuci, dibungkus,
Hantarlah ke serata Malaysia!
Exportlah ke luar negara!
Masakan enak ditambah kerang,
Demam Kepialu bakal menjenguk.
Pesan Peniaga
Kita berniaga mahukan untung,
Cepat-cepat masak,
Yang penting makanan siap untuk dijual.
Longkang tersumbat usah peduli,
Yang penting duit dikira habis.
Sampah bakarkan saja,
Yang penting kerja kita siap.
Sakit perut, tahulah mereka berjumpa doktor,
Yang penting kita kini berduit.
Miskin Harta
Anak-anak miskin memandang sayu,
Galak bermain lupakan duka,
Rumah usang menjadi syurga,
Buat penerus hari seterusnya.
|
|
|
|